Jadi 'Geng'

Friday, April 2, 2010

Jom main game online...

0 klik untuk komen
Hari ini saya nak share beberapa game online yang sangat menyeronokkan.

Yang pertama ialah website Nicklodeon. Yang bestnya laman web ni, bila klik je ia terus memaparkan dengan kartun-kartun seperti SpongeBob, Dora The Explorer, iCarly dan banyak lagi. Selain main game, kita boleh juga menghantar e-card hari jadi kepada rakan.

Yang kedua ialah website agkidzone.com. Yang ini pun game kartun seperti Care Bears, Strawberry Shortcakes, Sushi Pack dan macam-macam lagi. Permainannya pun menguji minda tentang fesyen, hias rumah, cari barang tersembunyi dan sebagainya.

Jom main game!!
Baca lagi...

Tuesday, March 30, 2010

7th Kyu Green Belt

0 klik untuk komen

berbincang pasal apa ntah dengan Fatin Izzati dan Emily
Tengah tunggu sijil (sebelah tu Fatin Irdina)

27.03.2010
Ujian Karate Do
Berdebarnya nak ujian tukar tali pinggang ni.. first time la katakan. Ni ujian untuk upgrading ke tali pinggang hijau. Ramai juga yang sertainya tapi tempatnya sempit di Kompleks Sukan Seksyen 15 Bangi.

Baca lagi...

Sepupu baruku

0 klik untuk komen

25.3.2010
New born baby ~ Achik
Akhirnya Achik selamat melahirkan baby girl pada pukul 12.05 pagi setelah 'berkampung' di wad sejak 22 Mac. Comelnya baby Achik ni.. ini cucu tokmak yang ke-10! Selamat datang ke dunia baru baby.. Achik kata cadang nak bagi nama NUR NAGEENA AKMAL, sedap nama tu

Baca lagi...

Monday, March 29, 2010

Happy Birthday!!

0 klik untuk komen


8.3.2010
HAPPY BIRTHDAY AYAH!!
Ibu hanya sempat belikan kek coklat kegemaran ayah. Sorry ayah takde hadiah tahun ni.. cuma kami doakan ayah sihat selalu, panjang umur, dimurahkan rezeki.. dan jangan marah-marah nanti cepat tua. Memang ayah dah tua pun, 40 tahun! hehehe..

http://www.trippytext.com/ - Trippy Text


29.3.2010
HAPPY BIRTHDAY MARSYA!!
Wah! Kejap je Marsya dah 1 tahun... sorry, kakak tak beli hadiah Marsya, tak tahu nak beli apa.. Ibu kata takpe lain kali, tunggu Marsya besar sikit baru beli hadiah jadi kami (ayah sebenarnya..) belikan kek untuk sambut birthday adik.. sedap kek tu, ada cheese. Semoga Marsya sihat dan ceria selalu... jangan suka babab orang tau..!

Baca lagi...

Friday, February 12, 2010

New vocab - POINT

0 klik untuk komen

Hari ini kita belajar satu perkataan baru iaitu : POINT - menunjukkan, titik/noktah, markah

Baca lagi...

Tuesday, February 9, 2010

Yeah.. dah boleh pakai subang!!

0 klik untuk komen


07.02.2010
Akhirnya dapat juga tindik telinga setelah sekian lama teringin sangat nak tindik telinga.. Perasaan? Mula-mula tu berdebar-debar, rasa cam taknak la pulak sebab terfikirkan akan kesakitannya nanti. Tapi saya kuatkan juga semangat saya memandangkan sepupu-sepupu saya baru tindik telinga juga. Ish.. mana boleh kalah dengan mereka...hehehe. Ibu kata macam kena gigit semut api aje.. Oleh itu saya YAKIN BOLEH menghadapi kesakitannya nanti.

Lepas pilih subang, saya disuruh duduk bertenang. Kakak kedai tu buat tanda di telinga, then kakak tu spray ubat di telinga. Wah, terkejutnya! sebab sejuk.. Selepas itu, dia ambil alat macam pistol dan tup! ditembaknya telinga... terkejut sangat dan mula rasa sakit sikit. Bila dia dah tembak telinga yang satu lagi, saya rasa dah tak sakit dah.. Lega rasanya ianya sudah berakhir dan telinga saya cantik dengan subang yang dipilih.. Lepas ni bolehlah menggayakan dengan subang yang bermacam-macam bentuk. Wah, berangan la pulak!

p.s : sorry, tak ada gambar kali ni.. terlupa nak ambil.
Baca lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

StUDiO NaYLi Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal