Jadi 'Geng'

Thursday, December 31, 2009

Adik daftar Darjah 1


(Adik sedang tengok ibu... muka cam nak nagis je)

Hari ini 31.12.09 adik saya Muqry mendaftar masuk Darjah 1 di sekolah saya. Dia bangun awal pagi tanpa dikejutkan, selalunya kena kejutkan dia. Mungkin dia tak sabar nak ke sekolah. Saya pun ikut ibu saya menghantar adik ke sekolah. Pada hari orientasi ni, takde seorang pun yang menangis... tapi adik nampak macam nak nangis je sebab ibu tengok dari jauh. Adik lari keluar dari barisan dan pergi kepada ibu, tapi ibu pujuk dan berdiri dekat dengan dia berbaris. Mujur perhimpunan tu belum bermula lagi... Bila dah habis perhimpunan tu, semua kena masuk kelas masing-masing dan ada ujian untuk tentukan kelas nanti. Buat masa ni adik di kelas 1A.. Hari Isnin nanti bila sekolah dah bermula, ibu suruh saya tengok-tengokkan adik. Harap-harap dia tak nakal la...

0 klik untuk komen on "Adik daftar Darjah 1"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

StUDiO NaYLi Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal